Wednesday, July 22, 2009

Impian...


Sejarah aku menunggang motor besar terlalu lama. Ayah dan datuk saudaraku memang penggemar motorsikal berkuasa besar. Aku ingat lagi ayahku memiliki Triumph dan datuk saudaraku memiliki BSA. Keinginan itu tumbuh dan berputik dalam diriku....
Tapi, terpaksa kupendamkan buat seketika. Walaupun hakikatnya aku mampu untuk memilikinya... Akhirnya telah menjadi kenyataan walaupun bukan aku pemiliknya... sekadar gambar kenangan untuk tatapanku saja....

Tuesday, July 21, 2009

Rakan Sekolah


Saya dan rakan sekolah pada tahun 1975 dulu. Gambar terakhir sebelum kami berpisah. Masing-masing berkerjaya. Pastinya anak-anak kami sudah dewasa dan ada yang sudah berkeluarga......maknanya kami ni..ada yang sudah bergelar 'datuk' dan 'nenek'.......

dah tua rupanya kami ni................? Harap kita terus berhubung lagi selepas ini.

BAGAIMANA MENDAPATKAN BUKU INI?

Pembaca boleh mendapatkan terus dari saya dengan menggunakan alamat di bawah:

Dr. Mohd Johari Ab. Hamid
Jabatan Seni,
Fakulti Seni dan Muzik,
35900 Tanjong Malim,
Perak.
Tel: 019-3681587

Bayaran pos RM5.00 untuk sebuah buku.

Buku Ilmiah


Isi kandungan buku ini ialah himpunan penulisan dan penyelidikan dari beberapa orang penulis dan pensyarah Fakulti Seni Dan Muzik. Sebagai editor saya telah memilih artikel yang sesuai untuk pembaca, terutama yang berkaitan dengan pendidikan seni visual.
Pembaca dan peminat seni perlu memiliki buku ini sebagai rujukan tambahan.
Harga: RM25, Tahun: 2006, Penerbit: UPSI
Editor: Mohd Johari Ab.Hamid

Buku Ilmiah


Buku APRESIASI DAN KRITIKAN SENI VISUAL mengupas kaedah apresiasi dan kritikan seni secara asas. Saya menyusun isi kandungan berdasarkan keperluan pembaca. Antaranya peranan kritikan seni, peranan pengkritik seni, bahasa kritikan seni, jenis-jenis kritikan seni, strategi kritikan seni. Buku ini amat sesuai dengan pelajar-pelajar Tingkatan 6, IPTA, pelukis dan peminat seni tanah air.
Harga: RM83, Tahun: 2008, Penerbit: UPSI
ISBN:978-983-3759-20-0, Hal:226

Monday, July 20, 2009

Buku Ilmiah



Buku ini adalah himpunan esei dari beberapa orang pensyarah Fakulti Seni dan Muzik. Penulisan menjurus kepada Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Semua penulisan itu adalah dari penyelidikan dan telah diedit.

Pembaca berpeluang membaca dan memahami isi kandungannya. Ia meliputi kepada isu-isu dan kepentingan seni dan muzik tempatan.

Editor: Mohd Johari Ab. Hamid

Harga: RM25 Tahun: 2004, Penerbit: UPSI

Novel Pertama


Judul JANJI KITA memberikan pengalaman yang sungguh indah. Kali pertama menulis novel amat menakutkan juga. Bimbang tidak tamat.. bimbang tak jadi...dan macam2 kebimbangan.. Namun akhirnya menjadi kenyataan... Terima kasih kepada Izzah.. anak gadis saya.. membantu memberikan idea... akhirnya menjadi sebuah cerita.. latar belakang hampir 60% benar. Nama2 watak juga ada yang betul dan kebetulan... Cerita remaja yang tidak mengenal putus asa, berdikari..gigih dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan.
Kepada pembaca yang pernah menatap novel ini, sila dapatkan novel kedua saya MENJARING MIMPI kerana novel ini adalah sambungannya...
Selamat membaca dan menghayatinya.....

Buku Ilmiah



Buku tulisan saya seterusnya berjudul ASAS SENI VISUAL . Kandungan buku ini ialah perkara asas dalam seni seperti unsur-unsur seni, prinsip rekaan dan asas lukisan. Buku ini boleh dijadikan panduan asas kepada pelajar sekolah dan IPTA. Penerangan dan panduan diberikan menjadi asas kepada pembaca untuk meneroka seni visual dengan lebih jauh dan mendalam lagi.

Gambar dan ilustrasi disediakan bagi memudahkan pembaca memahami isi kandungan.

Harga: RM60. Penerbit: UPSI: Tahun 2006

cuaca jerebu....luar dan dalam

Sesuatu telah berlaku..... keadaan tidak menentu sekarang ini....cuaca jerebu...

Thursday, July 16, 2009

Novel kedua


MENJARING MIMPI ialah novel kedua aku. Plot cerita sambungan dari JANJI KITA. Aku mulai merasakan keseronokan menulis novel remaja. Aku lebih mudah mendapat idea untuk terus menulis. Dalam masa beberapa bulan saja, aku dapat menyiapkan novel ini.
Kisah remaja di pusat pengajian tinggi adalah cerita umum saja. Tapi, cara pengolahan kita kemungkinan menjadikan sesebuah cerita itu luar biasa. Penulis bebas memilih apa-apa saja tema, jalan cerita dan watak serta perwatakan.
Dalam keseronokan menulis itu, ada juga batas-batas yang perlu dijaga supaya kerja kreatif itu berjalan lancar. Contohnya tugas-tugas penting, urusan kerja hakiki, tanggungjawab sosial perlu berjalan seiring dengan penulisan kreatif tadi. Jika salah satu itu diabaikan, kemungkinan akan menganggu mood kita bila menulis...... Bila bercakap tentang keseronokan dan kenikmatan menulis amat sukar digambarkan... aku boleh berkongsi berdasarkan pengalamanku menulis sejak tahun 1973 lagi..

Friday, July 3, 2009

Buku Ilmiah

Buku Falsafah Dan Kritikan Seni adalah buku hasil dari kajian PhD saya. Isi kandungan berhubung dengan falsafah seni klasik dan moden. Tokoh klasik seperti Socrates, Aristotle dan Plato dijadikan rujukan penting. Beberapa teori seni dan kritikan telah ditemui dan diolah semula supaya mudah difahami. Saya cuba mengupas menggunakan pendekatan sendiri dengan mengambil pandangan dari tokoh-tokoh klasik dan moden tadi. Tokoh falsafah moden ialah Vasari, Winckelmann dan Wolflin.
Pembaca akan dapat menghayati karya seni visual dengan lebih berkesan sekiranya dapat membaca buku ini.

Harga: RM60. Penerbit: UPSI. Tahun: 2004.
ISBN: 983-2620-36-8 ms: 265