Friday, August 28, 2009

Bunga kertas?




Semalam awal pagi, isteriku menunjukkan pokok bunga kertas,..berbunga lebat..(Oh...! Cantiknya) Hampir semua pokok itu berbunga..segar dan sungguh menarik..Aku mengambil masa beberapa ketika untuk menghayati keindahan ciptaan Allah itu..Tapi dalam masa yang sama aku teringatkan peribahasa Melayu..Jangan jadi Bunga Kertas? Apa maknanya tu..?

Thursday, August 27, 2009

Dalam bilik kuliah..











Aku suka melihat pelajarku memberi pendapat atau berhujah.. Aku memberi masa dan ruang untuk mereka memberikan pendapat..cara mudah saja..setiap isu (tentulah ada hubungan dengan paper aku) aku beri masa mereka berfikir..kemudian aku tetapkan beberapa syarat (tentulah ketat) antaranya idea mesti padat, kemas, hujahan dan pandangan lancar, tidak boleh tersangkut2, tak boleh merujuk nota ketika berhujah..andainya mereka melanggar syarat2 tu..hujahan itu terbatal. Mereka sendiri yang memberikan markah utk diri sendiri.. mula2 tu kelam-kabut juga..ada yang tak serius..beri markah pun tinggi2 pulak tu (tamak le tu...) tak sama dengan apa yg. aku fikirkan..akhirnya...masuk pusingan kedua..masing-masing dah ready..aku kagum dengan pelajar2ku..mereka telah mula ada keyakinan.. kesimpulannya bila aku tanya mereka? Masing-masing tak puas hati...(Yelah syarat terlalu ketat) asal saja," Aaaaa.." atau " apa orang kata?" yang tersasul dari mulut mereka atau pura2 pandang ke bawah (nak ngintai nota le) aku jerit, "Stop! Terima kasih kerana memberikan idea yang bernas," Wau...! masing-masing dah ada azam untuk berhujah lagi minggu depan..syabas! (sayangnya aku tak ambil markah gaya..)

Wednesday, August 26, 2009

Belajar main gendang...

Aku mula tertarik mendengar gendang sejak kecil lagi. Tapi, permainan ini mulai berkubur di kg. aku..entah macam mana satu hari aku terbaca di akhbar tempatan ada orang membuat gendang silat..aku mencari dan berjumpa.. seterusnya membeli satu set gendang silat..mulai hari itu, aku bersama anak-anakku mulai main gendang silat..kami belasah aja..macam2 bunyi yang keluar?..suatu hari aku mengambil peluang bercuti untuk belajar bagaimana bermain gendang silat dengan betul..Video ini kali pertama aku belajar bermain gendang silat di kg.ku....aku perasan yang aku ni dah pandai main? sebenarnya...rosakkkkkk....! semua geng2 kampung ketawa besar....aku tak putus asa dan terus belajar lagi....

Tuesday, August 18, 2009

temuramah dari pelajar sastera


Pagi ni 18/8/09 jam 10 ada 5 orang pelajar sastera datang untuk temuramahku..Christina, Rabiatul, Grace, Sony dan Lee Pei... masing-masing dari Sarawak... mereka ingin mengetahui perkembangan hidupku sebagai seorang penulis..bukan kali pertama aku ditemuramah seperti ini dari pelajar-pelajar sastera.. mereka ditugaskan untuk mencari penulis-penulis UPSI sebagai tugasan projek.. Pensyarah mereka ialah Dr. Talib Samad..seorang penulis kreatif yang tidak asing lagi...aku kenal rapat dengan Talib Samad...dia penulis yang prolifik..telah menghasilkan puluhan buku.. walaupun aku telah lama menulis, tapi tidaklah segigih Talib..masa aku banyak dihabiskan dengan sambung belajar demi sambung belajar sampai hari ni..selepas tamat PhD baru nak mula menulis semula...banyak juga maklumat yang dapat aku berikan pada mereka...termasuk lampiran gambar...semoga mereka dapat cemerlang dalam tugasan itu... terima kasih belanja nasi lemak tu....

Teman baru...




Ketika kami di Uluwatu ada dua peristiwa lucu. ketika sedang menikmati keindahan panorama aku terpandang sekumpulan pariwisata (Pelancong) dari Jakarta sibuk mengambil gambar. Aku memandang dan membiarkan suasana itu berlalu sambil tersenyum.. ramai juga cewek-cewek yang ada..tiba-tiba dalam ramai2 camera man tu ada Suhaimi di celah2nya...kemudian aku pun terus berlalu.. dan memandang ke belakang semula..heh mana Suhaimi? aku berpusing kiri-kanan mencarinya..tiba-tiba aku terpandang dia bersama-sama dalam rombongan pariwisata tu..dia juga menjadi sebahagian dari ahli rombongan tu sambil memegang spanduk..aku dengan Hassan ketawa berdekah-dekah!!!!!! Selepas penat meronda-ronda di Uluwatu, Suhaimi mengajak kami membasah tekak dengan air kelapa di warung di tepi parkir.. aku menjeling dua wanita Cina yang duduk di hujung meja kami..seorang agak muda yang seorang lagi agak dewasa..aku memandang Suhaimi yg sejak tadi terdiam sambil menyedut air kelapa muda..(terlupa orang di sekeliling agaknya?) " Mi..aku cabar hang..kalau hang berani ambil gambar dengan gadis Cina tu?" Suhaimi memandangku....terus tanpa ragu-ragu mengangkat buah kelapanya dan duduk di sebelah gadis Cina tu..Aku terperanjat kerana belum habis ayatku lagi..mungkin nak sambung, "aku belanja minum..".dia dengan wajah selamba bercakap dan bermesra dengan gadis tu macam dah bertahun-tahun kenal..aku dan Hassan ketawa terbahak-bahak..akhirnya kami pun tumpang semangkuk bergambar sakan..itulah keistimewaan Suhaimi...orangnya sangat peramah...ada lagi cerita lucu ni....?

kenangan lucu sepanjang di Bali....


Sepanjang seminggu di Bali, banyak kenangan lucu yang kukutip dan tak boleh lupa, terutama bersama dengan Dr. Suhaimi (yang kupanggil Mi) sahabat karib yang melayani kami tu... dia ni peramah (tak kira sesiapa saja yang dijumpainya, akan ditegurnya dan boleh berbual tu macam dah lama kenal..terutama kalau dengan cewek), sifat pelawak, happy go lucky...macam2 lagi sifat yang kita sendiri tak ada...jadi banyaklah kenangan dan gurauan yang membuatkan kami tak kering gusi..aku cuba catatkan di sini satu persatu.. antaranya ialah ... dia baru dua bulan di sana semasa aku melawatnya tu...dia punya cakap dah ada slang Indo...(dalam hatiku berkata-kata..lebih Indo dia punya loghat tu) satu hari selesai melawat Ubud kami menghala balik..entah macam mana Suhandi (aku panggil dia Pak Supir, sebenarnya dia studen universitas yang sedang cuti belajar menjadi pemandu kami) memandu hampir 45 minit menghala ke Kintamani.. selepas kami melihat pemandangan sawah padi yang berteres ... cantik teresnya.. selepas puas memandu, baru nak bertanya orang kampung di mana jalan menghala ke Denpasar? hari dah mula gelap...beberapa kali tersasar jalan juga, walaupun dia orang sana... sampai satu simpang, Suhandi berhenti kereta, nak bertanya lagi di mana arah yang betul ke Denpasar? Sebaik berhenti kereta, Suhaimi buka pintu dan menghala ke arah dua orang gadis yang berada agak jauh dari kelompok pemuda berhampiran dengan kami tu.. aku memandang Suhaimi..oh..bukan main ramah lagi dia bertanya itu dan ini, tentu kami tak sesat lagi lepas ni?...Suhandi tak keluar kereta bila melihat Suhaimi dah keluar dulu tentu nak bertanya arah jalan tu..kemudian dia pun masuk kereta. Suhandi terus memandu...selang beberapa ketika Suhandi tanya, "Bapak Suhaimi ke mana arahnya?" Arahnya apa? "Saya tak bertanya ke mana arah jalannya, saya hanya keluar ingin berkenalan dengan mereka aja?" Kami ketawa bagai nak pecah van tu....Lagi satu kalau dia jumpa cewek-cewek dia akan perkenalkan dirinya sebagai Pangeran dari Kelantan yang ada hubungan dengan Manohara...

Monday, August 17, 2009

Selamat tinggal Bali...







Tanggal 10 Ogos...aku bersama Hassan berkemas untuk pulang...selama enam hari di Bali meninggalkan seribu kenangan yang sukar dilupakan. Dr. Suhaimi yang menemani kami selama kami di sana seperti dapat membaca fikiranku.. ada titik-titik kesedihan.. dia tidak banyak bicara... aku cuba membantunya pagi itu dengan mengemas ruang tamu dan di dapur... Aku susun buku-buku yang agak tidak teratur di lantai dan di atas meja studynya... sambil itu mulutku tidak diam mengingatinya supaya menjaga kesihatan dan rajin-rajinkan bergerak waktu pagi..dia akur sambil tersenyum...katanya dia akan buat apa yang aku suruh tu... dia kelihatan begitu gembira sekali apabila melihat biliknya kemas dan teratur..kemudian beliau menghadiahkan kami masing-masing senaskhah Al-Quran kecil... satu-satunya hadiah yang sungguh berharga bagiku.. kemudian kami keluar lagi..ke kedai buku....kononnya nak habiskan wang rupiah...hampir tak sedar yang kami perlu simpan untuk airport tax... aku terpaksa tukar RM untuk airport tax RP1500 (RM60) kemudian kami mencari restoran nasi padang....menunggu jam 6. petang kami berlegar-legar lagi di bandar.... selepas itu pekena teh dan berbual-bual kosong... kemudian Suhandi membawa kami ke airport Ngurah Rai, Bali... Jam 8.30 pm..kami berangkat ke Malaysia..Selamat tinggal Bali...yang meninggalkan seribu kenangan....

Uluwatu, Bali







Satu lagi pemandangan yang menarik di Uluwatu. Keadaan pantai dan tanah tinggi memberikan satu pandangan yang sungguh menarik. Di sini terdapat satu pura yang digunakan sebagai tempat sembahyang bagi pengganut Hindu Bali. Aku fikir binaan pura ini lebih dari 100 tahun, melihat kepada batu-batu dan keadaan seni binanya. Dari pura ini kita boleh melihat satu pemandangan yang menarik. Hubungan pantai, ombak dan tebing tinggi itu merupakan satu keunikan yang tidak ada ditempat lain.

Bali oh...Bali....
















Sebagai pusat pelancongan terpenting di Indonesia, Bali menjadi tumpuan. Terutama Mat Saleh dari serata pelusuk dunia. Bali menjanjikan panorama yang menakjubkan. Pantai yang bersih dan ombak yang menggila, menyebabkan ia menjadi pilihan. Pantai Kuta, Pantai Sanur dan Pantai Nusa Dua menjadi pilihan mereka yang gemarkan suasana itu. Aku sempat merakamkan suasana itu dengan kamera HP aku. Air laut kebiruan, langit cerah tanpa tompokan awan dan pantai putih bersih memberikan kedamaian yang tidak terhingga. Aku kagum dengan suasana semula jadi ciptaan Allah itu.... Betapa indahnya bumi Allah ini...mestinya kita perlu bersyukur di atas kurniaan itu....

Friday, August 14, 2009

di Ubud







Salah satu kawasan pelancongan yang popular di Bali ialah Ubud. Terkenal dengan barangan tradisional dan cenderamata. Sebut apa saja, memang ada dan dijual dengan harga yang berpatutan. Aku mengambil kesempatan melawat Neka Galeri. Terdapat ratusan catan dipamerkan di sini. Selepas itu kami melawat sebuah restoran yang pada pandanganku begitu unik dan menarik. Hiasan dan lanskap tersusun, kemas, bersih lagi mempersonakan. Kami menyusuri hampir setiap tingkat. Ada tiga tingkat dan ada tingkat hiasan lanskap yang berlainan. Pemandangan luar yang dilihat dari restoran ini hutan hujan tropika yang masih terpelihara. Kemudian aku bercadang untuk membeli keris Bali. Sayang seribu kali sayang, harganya agak mahal. Ini kerana kebanyakan keris yang aku lihat itu adalah keris sejarah, yang berusia lebih 1o tahun. Harganya mencecah RP150,000.000. Mana bisa pak?

Thursday, August 13, 2009

Kamar suhaimi...menarik..







Ini pandangan rumah sewa Suhaimi..ala-ala rumah Jepun juga...Aku teringat juga, kalau dapat sediakan rumah seperti ini bila dah bersara nanti. Tak banyak kerja nak dilakukan dan nak menguruskan rumah macam ini senang dan mudah. Ada lanskap sikit dan air terjun dengan kolam ikan kap....huh....Pastinya aku boleh menulis dengan lebih selesa dan banyak idea....angan-angan ja....

kamar Suhaimi







Selama berada di Bali, kami menginap di rumah Suhaimi. Menarik reka bentuk dan lanskapnya. Ala-ala Jepun. Suasana bersih dengan lanskap yang sungguh simple. Tuan rumah orang tempatan beragama Hindu. Dia masih muda dan mempunyai seorang anak masih kecil ( 2 tahun). Setiap pagi rutinnya melakukan sembahyang di ruang halaman rumah. Kami kesempatan melihat upacara itu dilakukan. Kadang-kadang isterinya yang melakukan upacara itu. Katanya sebagai menghalau makhluk halus yang mengganggu kita..Sepanjang lawatan kami, memang merata-rata kita boleh melihat pura atau rumah sembahyang mereka. Wanita Bali akan menjunjung bunga2an untuk di bawa ke Pura.

Nasi padang....nasi padang..nasi padang.....


Aku tak tahu sama ada aku cerewet ke tidak tentang bab makan-makan ni? Yang nyata setelah tiba di Bali pastinya tidak ada masalah tentang makanan. Kerana di sana juga ada makanan halal atau sebagainya...Suhaimi membawa kami sebuah restoran. Rupa dia memang pelanggan tetap di situ. Sebaik tiba, dia disapa oleh beberapa orang pekerja di situ. Dia memperkenalkan kami. Kemudian masing-masing memilih lauk-pauk setelah nasi berada di tangan masing-masing. Aku tengok Suhaimi dan Hassan seperti dah biasa aja.. Penuh pinggan mereka dengan lauk masing-masing. Aku masih memilih apa yang sepatutnya. Bau ayam panggang memang menyelerakan. Aku memilih ayam panggang seketul, sate ikan dan sedikit kuah (macam kuah kurma). Aku lihat Suhaimi dan Hassan tak ada masalah, macam makan kat Malaysia aja. Aku pun mula menyuap. Hmm.....rasanya tak sepadan dengan seleraku..aku cuma mampu cuit sikit-sikit aja... Kemudian aku terpaksa menolak nasi tadi dengan rasa hampa...Suhaimi faham masalah aku...dia berjanji untuk membawa aku di restoran nasi padang. Pada waktu seterusnya selepas acara lawatan kami, kami singgah di restoran nasi padang...aku lebih berhati-hati memilih lauk kali ini. Restorannya bersih dan terletak di kawasan pelancongan terkenal di Kunta. Tidak jauh dengan kawasan pengeboman 2002 dulu. ..Aku memilih ikan goreng aja dan nasi tanpa kuah.. aku boleh menghabiskan sepinggan nasi dengan air putih (air suam).. Dan untuk hari-hari seterusnya kami akan cari restoran nasi padang saja....

Friday, August 7, 2009

Hari ketiga di Bali





Hari ini 7 Ogos 2009 jam 8.30 pagi kami ke Toko Buku Gramedia di Ngurah Rai, Denpasar. Aku memang bercadang untuk membeli buku kalau ke Bali. Apa lagi apabila melihat buku-buku yang menarik dengan harga yang berpatutan terus saja memilih. Banyak juga aku korbankan duit untuk mendapatkan buku-buku itu. Aku memang pantang ke kedai buku. Salah satu tempat lawatan yang paling aku suka ialah kedai buku. Aku pernah menghabiskan wang hampir RM1000 untuk membeli buku pada satu-satu ketika. Dan itulah yang paling ditakuti oleh isteriku bila aku berada di kedai buku. Dia bimbang dompetku akan kekeringan selepas itu. Di Toko buku ini aku membelanja separuh daripada itu. Kalau wang Rupiah lebih dari RP1 juta. Itupun kalau diikutkan hati mungkin aku membeli buku lagi. Selepas itu, kami ke restoran untuk makan tengah hari. Selepas solat kami ke Ubud. Ubud merupakan kawasan pelancongan yang popular. Terdapat sebuah galeri Neka Gallery yang dibuka sejak 1966. Banyak juga karya-karya seni yang dapat dirakamkan. Agak lama juga kami di Ubud melihat-lihat dan mencuci mata dengan barangan yang dijual. Aku tidak bercadang untuk shopping lagi mungkin esok bila ada kesempatan. namun, dalam hatiku teringin juga untuk mencari sebilah dua keris Bali... Wah! harganya boleh tahan..semuanya RP1 juta ke atas... alamat mengigit jarilah aku...kalau kurang atau murah mungkin aku beli dua tiga bilah... memangpun sejak dua menjak ni aku berminat mengumpul keris dan pisau. Kemudian kami masuk ke pendalaman Ubud. Kami bercadang untuk melihat sawah padi di lereng-lereng bukit. Memang menarik pemandangnnya. Ubud memang terkenal dengan pemandangan sawah padinya. selepas beberapa lama melihat pemandangan itu, kami bertolak pulang ke Denpasar. Sebelum sampai ke Denpasar, kami singgah semula di Ubud untuk makan nasi padang.. sempat juga mencuci mata dengan suasana Ubud di waktu malam. Ramainya mat salih.. kemudian kami pulang ke rumah dengan keletihan. Besok kami bercadang ke Singaraja, iaitu ibu negeri Bali pada zaman pemerintahan Belanda..

Hari ke-2 di Bali





























Pada 6 Ogos 2009 hari kedua aku di Bali, pulau pelancongan yang terkenal di Indonesia itu, aku bersama Hassan dibawa oleh Dr. Suhaimi melawat kawasan tanah tinggi di Bedugul. Jarak perjalanan lebih 100 km. Tapi sepanjang perjalanan itu, aku mengambil kesempatan melihat keindahan pemandangan kiri dan kanan jalan. Tanah semakin tinggi dan cuaca mula berubah. Tempat ini sangat sejuk cuacanya. Lebih sejuk dari Cameron Higland. Aku fikir cuacanya lebih kurang 15C. Tempat ini terkenal dengan sayuran dan buahan sejuk. Terdapat banyak strawberry, limau, epal, anggor, gobis dan banyak lagi. Menariknya penduduk di situ ramai orang Islam jika dibandingkan dengan tempat lain di Bali. Kemudian kami melawat dan solat di Masjid Al-Hidayah. Satu-satunya masjid di sini. Tempat ini juga terdapat sebuah pura atau tempat pemujaan atau upacara keagamaan Hindu. Selepas itu kami bertolak Kintamani jaraknya lebih 80 km dari Bedugul. Sepanjang perjalanan itu, dapatlah kami melihat sawah-sawah padi yang terdapat di lereng-lereng bukit, tanaman buah2an dan sebagainya. Di Kintamani kami berpeluang melihat keindahan Gunung Batur (1,717 meter) Kesan-kesan lava berselerakan di tepi Danau Batur. Pada tahun 1994 Gunung Batur pernah meletuskan lavanya. Sesuatu yang tidak diduga, kami berpeluang melihat upacara mengingati mayat. Menurut salah seorang penduduk di situ, upacara itu dilakukan setiap tiga tahun sekali. Di sini juga terdapat tempat bersemadinya mayat. Mayat akan ditinggalkan di pohon pokok dan mayat itu tidak berbau kerana keunikan yang ada pada pokok tersebut yang boleh menyerap bau dan sebagainya. Terdapat PUra Ulun Danu dan perkampungan Bali Aga. Kami pun apa lagi sempat mengambil gambar dengan gadis-gadis manis di situ. Walaupun kehadiran kami bertiga agak janggal pada pandangan mereka, tapi kami dilayan dengan baik sekali. Cuaca di sini rupanya lebih sejuk dari Bedugul (kurang dari 15C, keraplah kami mencari kamar kecil). Hari agak lewat juga bila kami berlepas pulang dari Kintamani... lebih dari kurang 180 km kami ke Ubud. Kemudian merasai keenakan nasi padang. Seterusnya Dr. Suhaimi mengajak kami ke Kuta, untuk melihat keindahan di waktu malam. Seperti yang dicatat dalam blognya, bahawa Kuta memang terkenal dengan kebanjiran bule (mat salih). Wuh...memang betulle...suasananya memang menarik. Sana-sini mat salih dan mek salih berkeliaran. Kami sempat juga melihat tempat berlakunya pengemboman bulan Oktober 2002 lalu, mengakibatkan terkorbannya 200 orang mangsa. Ada didirikan tunggu peringatan dengan terpahatnya nama-nama mangsa yang terkorban. Selepas berputar-putar mengelilingi ibu kota Bali, kami mengundur diri untuk merehatkan diri. Kami sampai di rumah lebih kurang jam 12 malam. Hari ni sungguh bermakna dan menjadi seribu kenangan dengan pengembaraan itu. Cadangan pengembaraan kami pada keesokan harinya ke Tanah Lot dan Singaraja. Satu kawasan yang tidak kurang menariknya... tapi, apa yang menariknya? Ikuti siri pengembaraan kami ke Bali seterusnya.........







Wednesday, August 5, 2009

aku di Bali......







Pada hari ini 5 Ogos 2009 aku dan Hassan Ghazali selamat sampai di Bali tepat jam 8.30 malam. Dr. Suhaimi menyambut kami di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali. Kemudian dia membawa kami makan malam ayam bakar Wong Solo, Denpasar, Bali. Enak sekali pak........ Menariknya kerusi dan meja diperbuat daripada buluh.
Selepas makan, kami dibawa ke rumahnya No. 57, Jalan Danau Beratan, Sanur, Bali. Menarik juga tempat tinggalnya. Laluan masuk ke rumah sewanya..... teringat aku cerita-cerita filem Indonesia dulu... rumahnya di lorong-lorong aja.. tapi, rumah sewa Dr. Suhaimi ni.. ala-ala Japanis. Ada satu bilik tidur... tapi cukuplah untuk dia sorang-sorang tinggal...(orang bujang). Sambil duduk berbual-bual dengan Pak Yanto (Orang Surabaya) jirannya... senang sekali duduk bujangan di rantau orang...
Sebenarnya aku selalu baca blog Dr. Suhaimi tentang keseronokan dia bercuti di Bali.. kerana ghairah dan terpesonan apa yang diceritakannya....aku mengambil keputusan untuk melihat sendiri...waduh-waduh....pak.....memang mengasyikkan...