Wednesday, October 21, 2009

Minggu terakhir...

Sekarang minggu-minggu terakhir di kampus. pelajar semakin sibuk mentelaah pelajaran. pelajar studio atau bengkel terus menyiapkan tugasan, kerana assesment akan dilakukan pada minggu ke-14. semua pelajar perlu menyiapkan tugasan sebelum minggu tersebut. para pensyarah juga sibuk menghabiskan kuliah. ada yang sibuk menyelia bahan pameran pelajar-pelajar semester 07. begitulah suasana di universiti sekarang ini. kepada semua pelajar, perlu menggunakan kesempatan dan masa yang ada untuk mengulangkaji dan sebagainya. semoga terus cemerlang...

Monday, October 19, 2009

...mengembalikan semangat baru?

Hari ini selepas beberapa lama tidak menulis di laman ni, aku kembali membuka ruang, masa dan waktu menjenguk rakan2 di mana saja...membaca emel yang terlalu banyak dan menjawabnya..ada yang bertanya ke mana aku selama ini? sebenarnya aku tidak ke mana2 cuma waktu amat membatasi..sehingga beberapa penulisan aku yang lain juga tidak sempat kusentuh..hari ini aku perlu mengembalikan semangat baru...

Friday, October 9, 2009

Minggu kesibukan...

Agak lama juga aku tak kesempatan menulis dalam ruangan ini. Minggu lepas ada dua acara penting aku perlu selesaikan. Aku dijemput sebagai penceramah kursus dalaman di dua buah sekolah menengah dan minggu depan sebagai pemberi ucaptama di sebuah IPTA dalam seminar penyelidikan. Aku perlu lunaskan segala yang perlu sebelum menyambung tulisan dalam blog aku. Sokongan dan komen dari pembaca amat dihargai dan disanjung tinggi.

Friday, October 2, 2009

Biduk berlalu kiambang bertaut...

Setiap kejadian yang berlaku sama ada sedar atau tidak ada hikmahnya. Bila memikirkan semua kejadian itu ada sesuatu yang perlu direnung kembali. Satu ikatan perpaduan, ukhwah, persaudaraan atau apa saja yang boleh dikaitkan perlu diperkukuhkan semula. Sebagai ketua di sebuah jabatan aku bertekad untuk memperkukuhkan kembali ikatan persaudaraan itu. Mungkin selama ini ada ruang-ruang kosong yang tak aku sedari. Bila ada ruang kosong, pasti ada syaitan yang mendekatinya..itu fatwa orang tua-tua.. contoh ketika solat berjemaah, imam sering mengingatkan makmum supaya merapat-rapatkan saf agar tidak ada syaitan di antaranya..Beberapa perancangan akan diatur untuk merapatkan semula saf-saf itu.....aku mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua jemaah...

Thursday, October 1, 2009

Adakah sinar lagi di pagi itu?...

Kemelut dan kekalutan yang dialami selama ini semakin terurai. Ada sinar cahaya di ufuk Timur. Tapi, sinar cahaya itu tidak begitu menyinari seperti pagi-pagi sebelum itu. Ada awan putih dan hitam yang cuba membayanginya...Suara-suara unggas yang menyanyi dan berlagu setiap pagi kini mula diresapi rasa sepi saja. Lagu-lagu nyanyian mereka tidak semeriah dulu. Masing-masing terperanjat dan tersentak bila melihat sinar cahaya pagi tidak secantik dahulu lagi. Walaupun ada ruang-ruang terbuka untuk mereka menyanyi seperti selalunya, namun ruang-ruang itu dirasakan seperti dihimpit dan menghimpitkan. Agak sukar dan menyukarkan juga bila suasana seperti dahulu mahu dikembalikan. Mungkin telah ada perasaan kehilangan kepercayaan itu, mulai bertunas dan mulai tumbuh di sanubari mereka. Mahukah dibiarkan suasana suram itu berlalu begitu saja? Tidak mungkin? Burung-burung itu sudah terguris dan terluka. Parutnya sukar diubati. Jika ada kekuatan untuk mengubati luka itu, perlu diteruskan. Jangan ditambahi luka-luka baru.

Monday, September 28, 2009

Selamat tinggal Ramadhan...

Selamat tinggal...mungkin ucapan ni kerap kita ucap dan dengar... seperti mengucapkan selamat tinggal pada rakan, keluarga dan sesiapa saja..mungkin ada kesempatan ketemu lagi pada hari lain..ungkapan ini dianggap keramat..selamat tinggal...mungkin tidak bertemu lagi? Ramadhan ialah bulan mulia umat Islam... Selamat tinggal bulan Ramadhan...ucapan itu mengandungi seribu makna? Sapa tahu, tahun ini adalah tahun terakhir kita menyambutnya?

Friday, September 18, 2009

Memartabatkan SENI...

Kami mengambil keputusan untuk mencadangkan nama baru. Agar nama baru itu menggambarkan realiti dan dasar perjuangan kami. Kami tetap berjuang untuk memartabatkan SENI sebagai identiti. Dan jangan cuba menafikan kewujudan tamaddun awal manusia bermula dengan SENI. Jangan sesekali cuba meminggirkan SENI. Tanpa SENI hidup anda tidak bermakna...

Wednesday, September 16, 2009

Berpisah...

Jelas dan nyata dua sahabat itupun berpisah. Masing-masing mesti membawa diri. Keputusan mesyuarat di kalangan pembesar memutuskan kedua-dua sahabat itu perlu berpisah demi kebaikan masing-masing. Keadaan tentu berubah selepas ini setelah masing-masing membawa diri.

Thursday, September 10, 2009

berlatih main gendang...

Menghabiskan masa rehat dengan menulis dan membaca buku-buku yang baru dibeli tempoh hari. Bagi menghilangkan rasa jemu, petangnya aku mengajak anak-anakku berlatih gendang silat...mereka ada bakat...

Friday, September 4, 2009

Jumpa kawan2 lama...




Aku bersama Dr.Halim ke Kluang, Johor kerana urusan rasmi. Tak sangka tiga peristiwa penting dalam hidup kami berlaku. Pertama, Dr.Halim berjumpa dengan kawan lamanya setelah berpisah lebih 20 tahun. Kami dijemput berbuka puasa di rumahnya. Enak sekali masakan isterinya dan banyak pula jenisnya? Kemudian kami berbual panjang.. dengan kisah-kisah lama yang tak kering gusi..kenangan mereka semasa bujang dan tinggal di pedalaman Felda, di Pahang..pada masa itu belum ada api elektrik dan air paip..khabarnya, waktu kemarau mereka pernah mengorek tiga buah perigi dalam masa sehari untuk mendapatkan air? Kedua, aku juga mencari sahabat lama di Simpang Renggam, Johor. Kami juga terpisah 26 tahun. Dia mempunyai 4 orang anak yang telah dewasa, menetap di Johor mengikut suami..masing-masing terharu kerana telah lama tidak berjumpa..mungkin waktu itu masing-masing sibuk dengan keluarga..manakala aku sibuk pulak nak sambung belajar?.. Ketiga, perjalanan balik kami berbuka puasa di rumah sahabat lama (adik angkat aku) di Seremban.. lebih 30 tahun aku bersahabat dengannya ..itulah kesempatan yang perlu kita luangkan untuk mencari sahabat lama. Jalinkan hubungan silatulrahim dan kukuhkan semula hubungan itu sehingga akhir hayat, Sebenarnya aku ada ramai adik angkat yang masih berhubungan hingga kini. InsyaAllah aku akan ziarahi mereka..(kami sempat beli kerepek dan songkok raya di Kluang...)