Friday, September 18, 2009

Memartabatkan SENI...

Kami mengambil keputusan untuk mencadangkan nama baru. Agar nama baru itu menggambarkan realiti dan dasar perjuangan kami. Kami tetap berjuang untuk memartabatkan SENI sebagai identiti. Dan jangan cuba menafikan kewujudan tamaddun awal manusia bermula dengan SENI. Jangan sesekali cuba meminggirkan SENI. Tanpa SENI hidup anda tidak bermakna...

2 comments:

  1. Sejarah tamadun manusia bermula dengan seni.Malah penubuhan SITC pada tahun 1922 juga mendaulatkan seni. Ramai yang tidak tahu Kursus Dalam Perkhidmatan Satu Tahun untuk guru-guru Khas Seni bermula di SITC pada tahun 1935 dan bukannya di Maktab Perguruan Khas sebagaimana yang disangka. Untuk mengukuhkan lagi progrem itu Sekolah Seni yang berpusat di Kuala Kangsar dipindahkan ke SITC pada tahun yang sama. Kurikulum SITC mengandungi P%P Seni yang kukuh ketika itu. Pensyarah antarabangsa dibawa masuk mengajar bidang itu seperti Olewera (anyaman) dari Filipina dan seorang pensyarah Indonesia untuk mengajar batik.Itulah sebabnya Bila UPSI ditubuhkan Nama SENI dimasukkan dalam FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KESENIAN kerana melihat kepentingan dan sejarahnya. Kepimpinan Universiti yang baru wajar melihat ini. JANGAN BUTA SEJARAH. JANGAN MELIHAT SENI ITU REMEH.SENI TELAH MENCIPTA SEJARAH SEJAK ZAMAN SITC,MPSI,IPSI DAN UPSI. Kini Pendidikan Seni Visual adalah satu-satunya rujukan yang ada di Malaysia ini berpusat di UPSI. Jabatan Seni mempunyai tokoh-tokoh yang hebat dan berwibawa dan berpengalaman luas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sejarahwan Seni,Budayawan Seni,Pengritik Seni,Penulis Seni,Pelukis, Pengarca,Penggubal Seni,Pereka Bentuk,Perunding Seni dan Pemeriksa Kertas Peperiksaan Awam negara semua berhimpun di Jabatan ini.Siapa yang boleh nafikan? Malah Anugerah berprestij iaitu Anugerah Perdana Menteri dalam bidang seni tahun 2008 juga diraih oleh Tokoh dari Jabatan Seni. Dia telah mengharumkan nama UPSI di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. ...dan ada kenyataan yang sering disebut2 bahawa Jabatan Seni tidak memberikan apa2 sumbangan di UPSI? Agar komen Dr. Suhaimi dapat menjawab kenyataan itu..

    ReplyDelete