Monday, February 22, 2010

Mencari sinar baru..

Agak jarang juga aku membuka blog ni..kesibukan yg tidak menentu. Tapi, tidaklah menganggu tugas2 hakiki. Kadang2 menarik juga bila mengenangkan hari-hari semalam. Kini, aku lebih teliti melihat dan merenung perjalanan hidup yang tidak seberapa ini.

Wednesday, January 27, 2010

Tanah SuciMu Ya Allah...


Saat yang paling indah dalam hidupku ialah apabila dijemput menjadi tetamu Allah. Terasa kerdil diri ini..tiada ucapan dan lafaz yang boleh diluahkan...hanya pasrahku dengan kebesaranNya.. Ya..Allah tidak puas aku menatap rumahMu..jemputlah aku dan hamba2Mu yang lain ke Tanah SuciMu..

Thursday, December 24, 2009

Menjadi tetamu Allah

Lebih sebulan aku tidak membuka blog kerana menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Makkah Mukkarahmah. Satu tempat yang sungguh mulia dengan melihat sendiri Kaabah yang menjadi kiblat kita selama ini. Aku dan keluarga berusaha untuk melakukan ibadat dengan sebaiknya. Ini kerana peluang ke sana bukanlah mudah dan banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Syukur aku dapat menyempurnakan ibadat dan selamat kembali ke tanah air.

Monday, October 26, 2009

kegemaran..

Setiap orang ada kegemarannya..yang pasti kita tahu apa yang kita suka. Untuk memenuhi tuntutan itu, kita akan berusaha dengan penuh tanggungjawab. Dan kita merasa bahagia dan gembira bila tuntutan itu dipenuhi. Kegemaran kita kadang-kadang pelik dan unik juga. Tetapi, masing-masing ada alasan tersendiri kenapa ia memilih kegemaran itu...

Thursday, October 22, 2009

Ada pengajarannya....?

Malam tadi seekor burung pipit (ciak rumah) masuk ke ruang tamu. Anak2ku mula bising sambil melihat dan cuba menangkapnya. Dia terbang gila-gila. Ketika itu kipas berputar ligat. Aku bimbang jika dia terus terbang kemungkinan terkena kipas. (Tak sempat nak tutup kipas) Sebaik saja aku berfikiran begitu, puttt.....! burung itu terpelanting. Anakku pantas mengambilnya yang terperosok di bawah kerusi. Yang lain-lain pun sibuk membelai dan menggosok-gosoknya. Yang bongsu mengambil minyak gamat setelah disuruh ibunya. Kata anakku ada kesan luka sikit di paruhnya. Dia tunjuk padaku dan aku membelai-belai cuba memulihkan 'semangat' yang hilang itu. Burung itu tidak bergerak lagi. Aku lihat wajah anak-anakku. Ada bibit simpati dan sedih. Aku cuba lagi menggosok dan dan meletakkan sedikit minyak gamat pada paruhnya. Tiba-tiba dia bergerak-gerak dan mungkin ada harapan untuk pulih semula. Kami membawa ke luar dan aku letaknya di atas pokok sakat burung..dengan harapan dia boleh terbang semula. Esok pagi..burung itu tidak ada di tempat itu lagi....wajah anak2ku kembali ceria dan tersenyum puas....

Wednesday, October 21, 2009

Minggu terakhir...

Sekarang minggu-minggu terakhir di kampus. pelajar semakin sibuk mentelaah pelajaran. pelajar studio atau bengkel terus menyiapkan tugasan, kerana assesment akan dilakukan pada minggu ke-14. semua pelajar perlu menyiapkan tugasan sebelum minggu tersebut. para pensyarah juga sibuk menghabiskan kuliah. ada yang sibuk menyelia bahan pameran pelajar-pelajar semester 07. begitulah suasana di universiti sekarang ini. kepada semua pelajar, perlu menggunakan kesempatan dan masa yang ada untuk mengulangkaji dan sebagainya. semoga terus cemerlang...

Monday, October 19, 2009

...mengembalikan semangat baru?

Hari ini selepas beberapa lama tidak menulis di laman ni, aku kembali membuka ruang, masa dan waktu menjenguk rakan2 di mana saja...membaca emel yang terlalu banyak dan menjawabnya..ada yang bertanya ke mana aku selama ini? sebenarnya aku tidak ke mana2 cuma waktu amat membatasi..sehingga beberapa penulisan aku yang lain juga tidak sempat kusentuh..hari ini aku perlu mengembalikan semangat baru...

Friday, October 9, 2009

Minggu kesibukan...

Agak lama juga aku tak kesempatan menulis dalam ruangan ini. Minggu lepas ada dua acara penting aku perlu selesaikan. Aku dijemput sebagai penceramah kursus dalaman di dua buah sekolah menengah dan minggu depan sebagai pemberi ucaptama di sebuah IPTA dalam seminar penyelidikan. Aku perlu lunaskan segala yang perlu sebelum menyambung tulisan dalam blog aku. Sokongan dan komen dari pembaca amat dihargai dan disanjung tinggi.

Friday, October 2, 2009

Biduk berlalu kiambang bertaut...

Setiap kejadian yang berlaku sama ada sedar atau tidak ada hikmahnya. Bila memikirkan semua kejadian itu ada sesuatu yang perlu direnung kembali. Satu ikatan perpaduan, ukhwah, persaudaraan atau apa saja yang boleh dikaitkan perlu diperkukuhkan semula. Sebagai ketua di sebuah jabatan aku bertekad untuk memperkukuhkan kembali ikatan persaudaraan itu. Mungkin selama ini ada ruang-ruang kosong yang tak aku sedari. Bila ada ruang kosong, pasti ada syaitan yang mendekatinya..itu fatwa orang tua-tua.. contoh ketika solat berjemaah, imam sering mengingatkan makmum supaya merapat-rapatkan saf agar tidak ada syaitan di antaranya..Beberapa perancangan akan diatur untuk merapatkan semula saf-saf itu.....aku mengharapkan sokongan yang tidak berbelah bagi dari semua jemaah...

Thursday, October 1, 2009

Adakah sinar lagi di pagi itu?...

Kemelut dan kekalutan yang dialami selama ini semakin terurai. Ada sinar cahaya di ufuk Timur. Tapi, sinar cahaya itu tidak begitu menyinari seperti pagi-pagi sebelum itu. Ada awan putih dan hitam yang cuba membayanginya...Suara-suara unggas yang menyanyi dan berlagu setiap pagi kini mula diresapi rasa sepi saja. Lagu-lagu nyanyian mereka tidak semeriah dulu. Masing-masing terperanjat dan tersentak bila melihat sinar cahaya pagi tidak secantik dahulu lagi. Walaupun ada ruang-ruang terbuka untuk mereka menyanyi seperti selalunya, namun ruang-ruang itu dirasakan seperti dihimpit dan menghimpitkan. Agak sukar dan menyukarkan juga bila suasana seperti dahulu mahu dikembalikan. Mungkin telah ada perasaan kehilangan kepercayaan itu, mulai bertunas dan mulai tumbuh di sanubari mereka. Mahukah dibiarkan suasana suram itu berlalu begitu saja? Tidak mungkin? Burung-burung itu sudah terguris dan terluka. Parutnya sukar diubati. Jika ada kekuatan untuk mengubati luka itu, perlu diteruskan. Jangan ditambahi luka-luka baru.