Thursday, October 1, 2009

Adakah sinar lagi di pagi itu?...

Kemelut dan kekalutan yang dialami selama ini semakin terurai. Ada sinar cahaya di ufuk Timur. Tapi, sinar cahaya itu tidak begitu menyinari seperti pagi-pagi sebelum itu. Ada awan putih dan hitam yang cuba membayanginya...Suara-suara unggas yang menyanyi dan berlagu setiap pagi kini mula diresapi rasa sepi saja. Lagu-lagu nyanyian mereka tidak semeriah dulu. Masing-masing terperanjat dan tersentak bila melihat sinar cahaya pagi tidak secantik dahulu lagi. Walaupun ada ruang-ruang terbuka untuk mereka menyanyi seperti selalunya, namun ruang-ruang itu dirasakan seperti dihimpit dan menghimpitkan. Agak sukar dan menyukarkan juga bila suasana seperti dahulu mahu dikembalikan. Mungkin telah ada perasaan kehilangan kepercayaan itu, mulai bertunas dan mulai tumbuh di sanubari mereka. Mahukah dibiarkan suasana suram itu berlalu begitu saja? Tidak mungkin? Burung-burung itu sudah terguris dan terluka. Parutnya sukar diubati. Jika ada kekuatan untuk mengubati luka itu, perlu diteruskan. Jangan ditambahi luka-luka baru.

1 comment:

  1. Burung-burung yang terluka itu jangan dibiarkan tanpa pembelaan.Kemungkinan besar dia berubah menjadi garuda yang akan menyambar sesiapa sahaja yang menjadi mangsanya.

    ReplyDelete