Friday, September 4, 2009

Jumpa kawan2 lama...




Aku bersama Dr.Halim ke Kluang, Johor kerana urusan rasmi. Tak sangka tiga peristiwa penting dalam hidup kami berlaku. Pertama, Dr.Halim berjumpa dengan kawan lamanya setelah berpisah lebih 20 tahun. Kami dijemput berbuka puasa di rumahnya. Enak sekali masakan isterinya dan banyak pula jenisnya? Kemudian kami berbual panjang.. dengan kisah-kisah lama yang tak kering gusi..kenangan mereka semasa bujang dan tinggal di pedalaman Felda, di Pahang..pada masa itu belum ada api elektrik dan air paip..khabarnya, waktu kemarau mereka pernah mengorek tiga buah perigi dalam masa sehari untuk mendapatkan air? Kedua, aku juga mencari sahabat lama di Simpang Renggam, Johor. Kami juga terpisah 26 tahun. Dia mempunyai 4 orang anak yang telah dewasa, menetap di Johor mengikut suami..masing-masing terharu kerana telah lama tidak berjumpa..mungkin waktu itu masing-masing sibuk dengan keluarga..manakala aku sibuk pulak nak sambung belajar?.. Ketiga, perjalanan balik kami berbuka puasa di rumah sahabat lama (adik angkat aku) di Seremban.. lebih 30 tahun aku bersahabat dengannya ..itulah kesempatan yang perlu kita luangkan untuk mencari sahabat lama. Jalinkan hubungan silatulrahim dan kukuhkan semula hubungan itu sehingga akhir hayat, Sebenarnya aku ada ramai adik angkat yang masih berhubungan hingga kini. InsyaAllah aku akan ziarahi mereka..(kami sempat beli kerepek dan songkok raya di Kluang...)

4 comments:

  1. Tengok songkok tu teringatlah pulak penyamun tarbus..... Handsomelah pakai songkok macam tu. Nanti raya mesti ramai yang gempak.....

    ReplyDelete
  2. Syabas Para Dr. siapa lagi kalau bukan golongan Dr.Dr Seni memperjuangkan & memartabatkan seni. Hanya orang yang menggunakan akal fikir saja yang berupaya melihat dengan mata hati. (Selainnya tampak di mata kasar) Di sana bermulanya angan-angan cita-cita dan segala kreasi kegilaan yang membahagiakan...kenapa pakai songkok ? Mesti ada suatu rahsia yang belum terungkai...he he

    ReplyDelete