Thursday, August 27, 2009

Dalam bilik kuliah..











Aku suka melihat pelajarku memberi pendapat atau berhujah.. Aku memberi masa dan ruang untuk mereka memberikan pendapat..cara mudah saja..setiap isu (tentulah ada hubungan dengan paper aku) aku beri masa mereka berfikir..kemudian aku tetapkan beberapa syarat (tentulah ketat) antaranya idea mesti padat, kemas, hujahan dan pandangan lancar, tidak boleh tersangkut2, tak boleh merujuk nota ketika berhujah..andainya mereka melanggar syarat2 tu..hujahan itu terbatal. Mereka sendiri yang memberikan markah utk diri sendiri.. mula2 tu kelam-kabut juga..ada yang tak serius..beri markah pun tinggi2 pulak tu (tamak le tu...) tak sama dengan apa yg. aku fikirkan..akhirnya...masuk pusingan kedua..masing-masing dah ready..aku kagum dengan pelajar2ku..mereka telah mula ada keyakinan.. kesimpulannya bila aku tanya mereka? Masing-masing tak puas hati...(Yelah syarat terlalu ketat) asal saja," Aaaaa.." atau " apa orang kata?" yang tersasul dari mulut mereka atau pura2 pandang ke bawah (nak ngintai nota le) aku jerit, "Stop! Terima kasih kerana memberikan idea yang bernas," Wau...! masing-masing dah ada azam untuk berhujah lagi minggu depan..syabas! (sayangnya aku tak ambil markah gaya..)

6 comments:

  1. saya rasa pendekatan ini adalah sesuatu yg wajar diteruskan... pendapat spontan pelajar akan memperlihat kesetiaan mereka terhadap info seni itu sendiri. yang pasti aku juga salah seorang dari mereka... riwayataisya.. hohosiga!

    ReplyDelete
  2. salam...
    saya juga merasakan bahawa pendekatan secara memberi pendapat ini adalah lebih berkesan dan membantu pelajar menjadi lebih berkeyakinan dalam menyatakan hujah dan pendapat masing-masing. penddekatan yang tegas juga secara tidak langsung akan mempertingkatkan lagi teknik mereka untuk berkomunikasi sama ada secara individu mahupun berkumpulan...semoga berterusan...

    ReplyDelete
  3. salam>>>
    ye la,cam nak jawab soalan kalau pensyarah dok gelak ja.kita x dan apa2 dia sruh duduk,tebiat apa(dialek kedah).haahahahahaha.Tapi yang moleknya kita dapat bersama2 memahami strategi dan pendekatan kritikan seni dari insan yang sempurna ilmunya tentang kritikan(bodek ni).thanks.

    ReplyDelete
  4. aku ni antara yg terkena pada ptang tu... dah la aku miss 1st round, kna 2nd round mulut aku ni buat hal plak.... duk "aaaaaa2"..... Skali pikir x puas hati gak, dpat 2 mark jer.... tp syukur la jgak... dpat improve next time.... thank Dr. Joe... Respect ur approach...

    ReplyDelete
  5. Aku yakin dengan kemampuan pelajar2ku..mereka dapat menerima ketegasan dan teguran2 itu..dan mereka bertambah yakin untuk mengemukakan hujah dengan lancar dan tenang..syabas semua...

    ReplyDelete
  6. Hai DR..seronoklah bila baca dan dapat tahu perasaan Dr semasa dalam kelas..sekurang-kurangnya kami tahu peranan kami dan kehendak pensyarah daripada pelajarnya..thanks

    ReplyDelete