Thursday, August 13, 2009

Nasi padang....nasi padang..nasi padang.....


Aku tak tahu sama ada aku cerewet ke tidak tentang bab makan-makan ni? Yang nyata setelah tiba di Bali pastinya tidak ada masalah tentang makanan. Kerana di sana juga ada makanan halal atau sebagainya...Suhaimi membawa kami sebuah restoran. Rupa dia memang pelanggan tetap di situ. Sebaik tiba, dia disapa oleh beberapa orang pekerja di situ. Dia memperkenalkan kami. Kemudian masing-masing memilih lauk-pauk setelah nasi berada di tangan masing-masing. Aku tengok Suhaimi dan Hassan seperti dah biasa aja.. Penuh pinggan mereka dengan lauk masing-masing. Aku masih memilih apa yang sepatutnya. Bau ayam panggang memang menyelerakan. Aku memilih ayam panggang seketul, sate ikan dan sedikit kuah (macam kuah kurma). Aku lihat Suhaimi dan Hassan tak ada masalah, macam makan kat Malaysia aja. Aku pun mula menyuap. Hmm.....rasanya tak sepadan dengan seleraku..aku cuma mampu cuit sikit-sikit aja... Kemudian aku terpaksa menolak nasi tadi dengan rasa hampa...Suhaimi faham masalah aku...dia berjanji untuk membawa aku di restoran nasi padang. Pada waktu seterusnya selepas acara lawatan kami, kami singgah di restoran nasi padang...aku lebih berhati-hati memilih lauk kali ini. Restorannya bersih dan terletak di kawasan pelancongan terkenal di Kunta. Tidak jauh dengan kawasan pengeboman 2002 dulu. ..Aku memilih ikan goreng aja dan nasi tanpa kuah.. aku boleh menghabiskan sepinggan nasi dengan air putih (air suam).. Dan untuk hari-hari seterusnya kami akan cari restoran nasi padang saja....

No comments:

Post a Comment