Friday, August 7, 2009

Hari ketiga di Bali





Hari ini 7 Ogos 2009 jam 8.30 pagi kami ke Toko Buku Gramedia di Ngurah Rai, Denpasar. Aku memang bercadang untuk membeli buku kalau ke Bali. Apa lagi apabila melihat buku-buku yang menarik dengan harga yang berpatutan terus saja memilih. Banyak juga aku korbankan duit untuk mendapatkan buku-buku itu. Aku memang pantang ke kedai buku. Salah satu tempat lawatan yang paling aku suka ialah kedai buku. Aku pernah menghabiskan wang hampir RM1000 untuk membeli buku pada satu-satu ketika. Dan itulah yang paling ditakuti oleh isteriku bila aku berada di kedai buku. Dia bimbang dompetku akan kekeringan selepas itu. Di Toko buku ini aku membelanja separuh daripada itu. Kalau wang Rupiah lebih dari RP1 juta. Itupun kalau diikutkan hati mungkin aku membeli buku lagi. Selepas itu, kami ke restoran untuk makan tengah hari. Selepas solat kami ke Ubud. Ubud merupakan kawasan pelancongan yang popular. Terdapat sebuah galeri Neka Gallery yang dibuka sejak 1966. Banyak juga karya-karya seni yang dapat dirakamkan. Agak lama juga kami di Ubud melihat-lihat dan mencuci mata dengan barangan yang dijual. Aku tidak bercadang untuk shopping lagi mungkin esok bila ada kesempatan. namun, dalam hatiku teringin juga untuk mencari sebilah dua keris Bali... Wah! harganya boleh tahan..semuanya RP1 juta ke atas... alamat mengigit jarilah aku...kalau kurang atau murah mungkin aku beli dua tiga bilah... memangpun sejak dua menjak ni aku berminat mengumpul keris dan pisau. Kemudian kami masuk ke pendalaman Ubud. Kami bercadang untuk melihat sawah padi di lereng-lereng bukit. Memang menarik pemandangnnya. Ubud memang terkenal dengan pemandangan sawah padinya. selepas beberapa lama melihat pemandangan itu, kami bertolak pulang ke Denpasar. Sebelum sampai ke Denpasar, kami singgah semula di Ubud untuk makan nasi padang.. sempat juga mencuci mata dengan suasana Ubud di waktu malam. Ramainya mat salih.. kemudian kami pulang ke rumah dengan keletihan. Besok kami bercadang ke Singaraja, iaitu ibu negeri Bali pada zaman pemerintahan Belanda..

No comments:

Post a Comment