Friday, August 28, 2009

Bunga kertas?




Semalam awal pagi, isteriku menunjukkan pokok bunga kertas,..berbunga lebat..(Oh...! Cantiknya) Hampir semua pokok itu berbunga..segar dan sungguh menarik..Aku mengambil masa beberapa ketika untuk menghayati keindahan ciptaan Allah itu..Tapi dalam masa yang sama aku teringatkan peribahasa Melayu..Jangan jadi Bunga Kertas? Apa maknanya tu..?

13 comments:

  1. Memang jika difikir keindahan ciptaan Allah, terasa amat kerdilnya kita di muka bumi ini.
    Bunga kertas itu... mungkin krn ianya cantik dan indah dipandang, tapi tiada harumnya...

    ReplyDelete
  2. Salam.Begitulah caranya orang berguru Sdr.Anonymous, melontarkan kata-kata dengan bijaksana. Berbicaralah dengan baik dan hormat dengan guru kita walau apapun dia. Guru kelas kedua di bawah ibubapa. Hormatilah ia. Jangan kerap menghadirkan diri dengan perasaan tidak enak dengan guru. Walau apapun dia. Saya menghormati sdr sebagai pelajar. Saya amat berbangga dengan sdr.kerana kerap mengikuti tulisan-tulisan guru anda, sayangnya tanpa justifikasi yang kukuh anda terlalu cepat membuat hukuman terhadap guru anda. Sedangkan anda bukan berada di situasi sebenar. Saya dan Dr.Joe bukanlah manusia yang baik,Anonymous, tapi kami juga kepingin jadi manusia yang terbaik. Semoga Allah merahmati hidup kita.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... jika kita nak jadi baik, segala tindak tanduk kita juga mestilah kearah kebaikan. Betul kata Tuan, guru berada ditempat yang tinggi dan perlu dihormati, tetapi jika guru membawa ke arah kemaksiatan, hatta ibu bapa pun wajib diengkari. Bagi guru pulak, jika teguran itu datang daripada pelajar, hatta seorang anak kecil pun, jika ia adalah satu yang baik, wajiblah diikuti walaupun dia hanya seorang pelajar atau anak kecil. Adakah Tuan menyokong cerita-cerita berbaur kelucahan dalam posting-posting yang lepas ketika bercanda bersama Tuan. Hanya Tuan berdua yang tahu cerita sebenar, tetapi tokok tambah dan angan-angan fantasi yang melampau sekelumitpun tidak ke arah kebaikan. Janganlah Tuan bawa pembaca blog ini lari dari mensyukuri nikmat dan kebesaran Allah. Tuan ada ruang menulis blog dan mempunyai followers, Tuan patut menggunakan ruang ini ke arah kebaikan seperti yang Tuan-tuan kata, untuk jadi manusia yang terbaik. Bagaimanapun saya faham, pasti sukar untuk mengaku kesilapan yang dibuat, terlajak perahu boleh berpatah, terlajak kata buruk padahnya. Tunjukkan lah contoh yang baik kepada pelajar2 kita. Sekian dari saya.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah bunga kertas engkau jadi pujaan memandangkan warna warnimu walaupun tanpa keharuman.Aku takut pada durimu yang pernah menikam jariku ketika cuba memetikmu.Aku fikir adalah lebih baik engkau dibiarkan cantik di dahanmu dan dipandang tidak jemu(apalagi kalau dibongsaikan)engkau akan tahan berpuluh tahun. Aku pernah memetikmu tetapi kaucuma tahan sekejap bukan seperti bunga mawar, cempaka, kenanga,melur,walau sudah dipetik tetap mengharumi manusia dan dunia sekeliling

    ReplyDelete
  5. Jgn jadi bunga kertas bolehlah ditafsirkan sebagai perempuan yang cantik saja dan sentiasa mencari perhatian lelaki tetapi hati bukan jujur dan menyediakan durinya untuk menikam orang yang memetiknya.Hati-hati dengan bunga kertas yang senang hidupnya merata-rata...Qanaah.

    ReplyDelete
  6. Sdr Anonymous. Terima Kasih kerana nasihat itu, saya bangga punya pelajar UPSI yang sebegini. Ada kekuatan berbicara dan kekuatan berbahas. Saya ngak enak ada pelajar yang mendiamkan diri saja macam bendul, atau menjadi pak turut aje. Ciri-ciri kepimpinan ada pada diri saudara. Saya amat berbangga.Tidak ramai yang saya temui sebegini. Maafkan saya kalau saya terlanjur. Semoga Allah merahmati hidup kita.

    ReplyDelete
  7. Wahai Dr.2 pemegang PHD, pertama saya kira tuan2 perlu tahu maksud 'anonymous';keduanya tuan2 terlalu 'terhad' pemikiran dalam membuat tafsiran tentang penulis komen tuan kerana belum tentunya kami yang mengomennya pelajar UPSI;ketiganya ada komen bukannya membahaskan perkara tetapi menjawab soalan yang dikemukakan;keempatnya terima kasih penghargaan kepada kami kerana kami dididik memberi bila diperlukan dan menerima bila memerlukan;kelimanya maaf tuan diterima dan keenamnya terima kasih mendoakan kerahmatan hidup kita.....Qanaah

    ReplyDelete
  8. Sdr anonymous, Terima kasih yang tidak terhingga.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  9. 3 hari aku bercuti dan tidak membuka blog, ada respond baik..aku mengalu-alukan pandangan dan kritikan membina..terima kasih semuua..dan untuk 3 hari lagi aku outstation..rinduku pada kalian pasti ada..(aku tak bawa laptop jika outstation)

    ReplyDelete
  10. Selamat bercuti. Rupanya baharu saya sedari posting-posting terdahulu yang saya anggap melampau telah Tuan delete. Syabas dan tahniah. Sekembali nanti, Tuan mulakan lah dengan karya baru yang lebih bernas dan berwibawa.

    ReplyDelete
  11. bunga kertas itu sugguh unik, ketika banyak terkena air,maka daunnya bertambah lebat, tapi ketika kurang air maka bermunculan unga-bunga yang cantik dan indah. sungguh besar karunia Allah.SWT

    ReplyDelete
  12. jangan jadi bunga kertas... bunga kertas seperti juga bunga raihan , rupanya cantik tapi baunya tiada. sebaliknya jadilah turanj iaitu limau manis. Baunya wangi rasanya manis... baginilah perumpamaan orang beriman yang membaca Al Quran.

    ReplyDelete
  13. Jangan jadi bunga kertas....bagi i maksudnya...cuba faham ini...
    Pokok ini akan berbunga lebat apabila ia menderita dan terpaksa berjuang untuk hidup...disebabkan tanah tidak cukup zat, tidak disiram, dijemur bawah panas terik....segala penderitaan dan penyiksaan yang dihadapinya maka ia terpaksa berbunga dengan harapan ada zuriat sebagai pengantinya. sedihkan....(Biarkan dia menderita baru ia berbunga)

    ReplyDelete