Friday, August 7, 2009

Hari ke-2 di Bali





























Pada 6 Ogos 2009 hari kedua aku di Bali, pulau pelancongan yang terkenal di Indonesia itu, aku bersama Hassan dibawa oleh Dr. Suhaimi melawat kawasan tanah tinggi di Bedugul. Jarak perjalanan lebih 100 km. Tapi sepanjang perjalanan itu, aku mengambil kesempatan melihat keindahan pemandangan kiri dan kanan jalan. Tanah semakin tinggi dan cuaca mula berubah. Tempat ini sangat sejuk cuacanya. Lebih sejuk dari Cameron Higland. Aku fikir cuacanya lebih kurang 15C. Tempat ini terkenal dengan sayuran dan buahan sejuk. Terdapat banyak strawberry, limau, epal, anggor, gobis dan banyak lagi. Menariknya penduduk di situ ramai orang Islam jika dibandingkan dengan tempat lain di Bali. Kemudian kami melawat dan solat di Masjid Al-Hidayah. Satu-satunya masjid di sini. Tempat ini juga terdapat sebuah pura atau tempat pemujaan atau upacara keagamaan Hindu. Selepas itu kami bertolak Kintamani jaraknya lebih 80 km dari Bedugul. Sepanjang perjalanan itu, dapatlah kami melihat sawah-sawah padi yang terdapat di lereng-lereng bukit, tanaman buah2an dan sebagainya. Di Kintamani kami berpeluang melihat keindahan Gunung Batur (1,717 meter) Kesan-kesan lava berselerakan di tepi Danau Batur. Pada tahun 1994 Gunung Batur pernah meletuskan lavanya. Sesuatu yang tidak diduga, kami berpeluang melihat upacara mengingati mayat. Menurut salah seorang penduduk di situ, upacara itu dilakukan setiap tiga tahun sekali. Di sini juga terdapat tempat bersemadinya mayat. Mayat akan ditinggalkan di pohon pokok dan mayat itu tidak berbau kerana keunikan yang ada pada pokok tersebut yang boleh menyerap bau dan sebagainya. Terdapat PUra Ulun Danu dan perkampungan Bali Aga. Kami pun apa lagi sempat mengambil gambar dengan gadis-gadis manis di situ. Walaupun kehadiran kami bertiga agak janggal pada pandangan mereka, tapi kami dilayan dengan baik sekali. Cuaca di sini rupanya lebih sejuk dari Bedugul (kurang dari 15C, keraplah kami mencari kamar kecil). Hari agak lewat juga bila kami berlepas pulang dari Kintamani... lebih dari kurang 180 km kami ke Ubud. Kemudian merasai keenakan nasi padang. Seterusnya Dr. Suhaimi mengajak kami ke Kuta, untuk melihat keindahan di waktu malam. Seperti yang dicatat dalam blognya, bahawa Kuta memang terkenal dengan kebanjiran bule (mat salih). Wuh...memang betulle...suasananya memang menarik. Sana-sini mat salih dan mek salih berkeliaran. Kami sempat juga melihat tempat berlakunya pengemboman bulan Oktober 2002 lalu, mengakibatkan terkorbannya 200 orang mangsa. Ada didirikan tunggu peringatan dengan terpahatnya nama-nama mangsa yang terkorban. Selepas berputar-putar mengelilingi ibu kota Bali, kami mengundur diri untuk merehatkan diri. Kami sampai di rumah lebih kurang jam 12 malam. Hari ni sungguh bermakna dan menjadi seribu kenangan dengan pengembaraan itu. Cadangan pengembaraan kami pada keesokan harinya ke Tanah Lot dan Singaraja. Satu kawasan yang tidak kurang menariknya... tapi, apa yang menariknya? Ikuti siri pengembaraan kami ke Bali seterusnya.........







1 comment: