Tuesday, August 18, 2009

temuramah dari pelajar sastera


Pagi ni 18/8/09 jam 10 ada 5 orang pelajar sastera datang untuk temuramahku..Christina, Rabiatul, Grace, Sony dan Lee Pei... masing-masing dari Sarawak... mereka ingin mengetahui perkembangan hidupku sebagai seorang penulis..bukan kali pertama aku ditemuramah seperti ini dari pelajar-pelajar sastera.. mereka ditugaskan untuk mencari penulis-penulis UPSI sebagai tugasan projek.. Pensyarah mereka ialah Dr. Talib Samad..seorang penulis kreatif yang tidak asing lagi...aku kenal rapat dengan Talib Samad...dia penulis yang prolifik..telah menghasilkan puluhan buku.. walaupun aku telah lama menulis, tapi tidaklah segigih Talib..masa aku banyak dihabiskan dengan sambung belajar demi sambung belajar sampai hari ni..selepas tamat PhD baru nak mula menulis semula...banyak juga maklumat yang dapat aku berikan pada mereka...termasuk lampiran gambar...semoga mereka dapat cemerlang dalam tugasan itu... terima kasih belanja nasi lemak tu....

1 comment:

  1. Pelajar Minor Sastera, Sem 3 2008/2009August 22, 2009 at 10:51 PM

    Amin..terima kasih Dr..heheh
    Jasamu dikenang dalam menjayakan sesi temu ramah yang boleh dikira mengejut,..ngee~
    Sukses selalu dan selamat berpuasa..
    Jumpa lagi Dr...

    ReplyDelete